Selasa, 22 Januari 2013

bila nak kurus ni???

adakah anda mengalami masalah yang sama seperti saya? hmm, sebenarnya sebelum ni saya x pernah mengalami masalah pertambahan berat badan. percayalah.. semua ni gara2 saya duduk di rumah selama setahun. paham2 lah bila duduk di rumah.. x de aktiviti. kita masak kita makan. kalau merasa x boleh sesudu kena semangkuk.. baru betul merasa..hihihi begitu juga kalau makan, sepinggan memang x mencukupi.. berpinggan2 baru cukup syarat.

lepas makan tengok tv.. lepas tu lali je mata. dh lali apa lagi.. permintaan mata. minta di tidokan. untuk x nak menghampakan mata kena la tido jugak.. hihihi

maka kat situlah pertambahan berat badan berlaku. stahun 13 kilo. berat asal cuma 57 kilo je. sekarang ni dh 70 kilo. hebat x?  


Isnin, 21 Januari 2013

ruang tamu untuk keluarga
ruang bersantap
sudut menonton televisyen..

rumahku syurgaku

salah satu sudut kegemaran kami



kita merancang dia yang menentukan

sebut pasal umrah.. memang sedih sangat. sepatutnya 16 FEB 2013 ni saya akan menunaikan umrah. tapi apakan daya, undang2 dari arab saudi memerlukan wanita berumur 45 tahun ke bawah agar di temani mahram membuatkan saya tersentak. memang bukan rezeki saya tahun ni.

saya cuba pujuk hati.. agar menerimanya dengan tabah. saya cuba yakinkan diri saya.. insyaallah setiap yang terjadi pasti ada hikmah di sebaliknya. nampaknya niat saya untuk berada di mekah pada ulang tahun kelahiran saya tak dapat di tunaikan. kita merancang dia yang menentukan.

azam tahun 2013

hmmm azam.. azam tahun ni agak mencabar jugakk.. almaklumlah main dengan kehendak dan keinginan yang meluap2...

1)  nak kuruskan badan persis zaman anak dara
2)  nak tuntut hutang 
3)  nak solat lima waktu
5)  nak cari keje.. almaklumlah dah setahun x bekerja
6)  nak tambah koleksi emas perhiasan
6)  nak menunaikan umrah